Welcome to my blog. You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?


Bonjour ♥



About Entry Shout Credits

"Seandainya kau catatkan dia milikku,satukanlah hatinya dengan hatiku. Amin~"

Lailatul Qadar :')


Assalamualaikum hi :3 

Kita bertemu lagi dalam bulan Ramadhan yang hari ke-19. YaAllah! Cepat sungguh masa berlalu bukan?! Terasa rindu sangat nak puasa pada hari pertama. haha. ngada-ngada pula. Aku ni haa baru puasa dah merungut mcm budak 7 tahun puasa. Ceh,tapi takdalah menangis nangis kepe. Just cakap "Wehhhh,aku haus doh" haha lol ok.

Okay,hari ini hari minggu iaitu hari ahad dan aku rasa bosan teramat sebab baca buku tak kesudah so aku online le. Padahal esok trial :O hahaha xD tapi apakan daya aku ni jenis cepat bosan pada suatu benda kahkah :p 

Hari ini aku nak cakap mengenai malam Lailatul Qadar. Um korang tahu apa tu malam Lailatul Qadar? Sini aku nak bitau sikit. Sikit je. Aku ni bukannya tahu semua. Hm,macam ni. Malam Lailatul Qadar ialah malam ganjil. Ganjil disini bermaksud pada malam tu sangat istimewa untuk semua umat Islam dan semua umat Islam juga tertunggu-tunggu akan malam tersebut. Sebab pada malam tu semua hajat kita dimakbulkan. Pada malam Lailatul Qadar itu jugalah,Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh beribadat walaupun dia seorang Rasulullah :')

 Masa berkat berpanjangan atau beberapa saat sahaja?

"Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :

waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.

Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134 )"

Wanita haid terhalang dari berkatnya?


"Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama"

Statement yang diatas aku copy-paste daripada Bukit Besi Blog. Kalau nak lebih faham pergi jelah ke laman web tu. InsyaAllah apa yang jadi persoalan akan terjawab. Hm,okaylah sama sama kita meraih malam Lailatul Qadar. Lailatul Qadar ok BUKAN Lailatul Kamdar! hehe. 


INSYAALLAH,KITA SAMA SAMA MERAIH DAN MEMBURU MALAM LAILATUL QADAR. YA! MISI BERMULA DISINI. DAN DOAKAN AKU DALAM TRIAL PMR DAN EXAM PMR OK! THANKS! :*






Older Post / Newer Post